Saturday, 12 May 2012

Bentuk-Bentuk Bonsai 2

Terdapat banyak jenis dan cara bonsai dibentuk. Di bawah diceritakan beberapa bentuk lazim dan cara menghasilkannya secara mudah dan santai beserta contoh. 

Bentuk 1 (informal upright)


Untuk menghasilkan bentuk ini, langkah pertama ialah setelah batang mula tumbuh dalam ketinggian 1-2 kaki, pasangkan dawai pada dahan utama (1) dan bentukkanya dengan membengkokkan dahan seperti (2). Potong ranting yang tidak berkenaan untuk menghasilkan bentuk seperti (3). Hasilnya spt di bawah.



Bentuk 2 (Slanting trunk)



Pokok yang dalam usia 3 tahun dipasangkan dawai (1) untuk membentuk secara menyenget (2) dan ranting diluruskan. Mungkin juga dipotong beberapa dahan terutamanya di bahagian bawah (3).


Bentuk 3 (Semi cascade)



Bentuk ini jarang dilihat namun agak menarik dilihat dan unik. Potong semua ranting di salah satu sisi pokok (1) dan bengkokkan dahan utama sehingga 90 darjah (2). Biarkan beberapa ketika untuk mebolehkan ranting2 tadi membentuk dahan yang lebih besar dan pada masa yang sama tegakkan (3). Selaraskan bentuk ranting2 tadi menghasilkan satu corak ranting yang seragam dan menarik (4).

Bentuk 4 (Cascade)


Ini merupakan antara bentuk yang paling di minati oleh pembentuk bonsai. Selain menarik dan nampak real, bentuk ini juga cukup antik. Pokok yang tumbuh tegak (kira-kira 3-4 tahun) dipasangakn dawai yang agak besar. Ini kerana batang pokok seudah keras (1). Selepas itu lenturkan dahan utama hampir 135 darjah dan pada masa yang sama bentuk ranting-ranting kecil menggunakan dawai (2). Potong ranting yang menjulur kebawah dan akhir sekali bentuk mengikut kreativiti masing-masing (3). Contoh sperti di bawah.





Bentuk 5 (Straight raft style)



Kaedah ini juga agak janggal namun akan menghasilkan bonsai yang cukup menarik. Namun tidak semua jenis pokok yang sesuai kerana pertamanya timbulan akar akan mematikan pokok dan ada kala akar sukar untuk tumbuh walaupun dalam jangkasmasa yang lama. Bentuk ini mudah sebenarnya, dimulakan dengan memotong ranting disebelah pokok (1) dan baringkan sehingga rapat ke tanah (2). Pokok akar yang membonjol keluar. Tegakkan ranting dan biar ianya tumbuh sehingga besar (3)

Rujukan

No comments:

Post a Comment